Personal Data Protection Notice — JobSifu
Personal Data Protection

Personal Data Protection Notice

This Personal Data Protection Notice ("Notice") sets out how Jobsifu Sdn. Bhd. collects, uses, and discloses your personal information obtained through your engagement of or interactions with us, including answering our questions that we may require you to answer as a part of a job application process and the use of or visits to our website at https://jobsifu.com/. This Notice is issued in accordance with the Personal Data Protection Act 2010 and its related regulations (collectively referred to as "the PDPA"). By registering and creating an account with us, continuing to use, engage or access our website or communicate with us, you acknowledge and accept this Notice, including any subsequent amendments or updates made to this Notice and consent to the collection and use of your personal data for purposes as provided in this Notice including any subsequent amendments or updates made to this Notice.

Collection of Personal Data

Personal data that we collect and process includes name, National Registration Identity Card number, contact details (including your home address, telephone number and email address), gender, occupation, job experience and skills, character, your referee identity and contact details, salary information and any other information that may be relevant in order for us and our related company, Seris Sdn. Bhd, to provide our assessment of your job application and to share information (through our related company, Seris Sdn. Bhd) that may be of interest to any of the users (who are potential employers interested to consider you as a candidate for their job position) (“Users”) who use our website (including but not limited to any licensed financial institution and governmental bodies).

Reason for Personal Data Collection

Your personal data may be collected, stored and/or used (whether directly or indirectly) for the following purposes:

  • assisting and enabling the Users in recruiting for roles including conducting reference checks;
  • making your information searchable and viewable to the Users and disclosure of your information to the Users;
  • use of your information including through the use of tools which incorporate artificial intelligence and machine learning including but not limited to:
  • providing suitability ratings which indicates to the User how suitable may be in comparison to other candidates in relation to a potential job opportunity or job application ("Suitability Ratings"). In connection with the aforesaid, your resume may be subjected to automated processing by artificial intelligence and machine learning systems which require the use of your personal information, in order to categorise your potential suitability as part of the Users assessing applicants to a particular job application;
  • providing an approachability signal which indicates to the User the likelihood of a candidate being approachable regarding a particular job opportunity ("Approachability Signal");
  • recommending questions that the Users may require you to answer as part of a job application process;
  • communicate with you about your use of our website and to provide you with technical and other support;
  • track and monitor your usage and data to personalise, manage and target display advertisements that may be visible to you;
  • obtain insights about our Users and to help our businesses to improve, tailor and develop our website;
  • verify your identity (and any other information you may provide to us) and to ensure the safety and security of our operations;
  • meeting any legal or regulatory requirement relating to our services and to make disclosure under the requirements of any applicable law, regulation, directive, guideline, by-law, code, circular, government authorities and/or court of competent jurisdiction;
  • to operate our website and information technology software (including the collection of internet protocol address and cookies) including all internet related activities;
  • enable us to contact you by email, regular postal mail and telecommunication means for the purposes of responding to your enquiries or to send you materials such as job placement and related career information, survey requests, newsletter, updates, marketing material etc. and events we think may be of interest to you; and
  • for any other purpose that is incidental or ancillary or in furtherance to the above purposes.

If you do not want your information to be processed for the purposes set out above, you are required to cease using our website.

You can choose not to share your information with us and if you choose not to provide us with such information, we are unable to provide you the access to the function available in our website and the Users with the Suitability Ratings and Approachability Signal.

We only process your personal data within Malaysia. Your personal data will not be transferred to any place outside Malaysia. We will retain your personal data for as long as is necessary to fulfill the purposes for which it was collected and retained as set out in this Notice or until such time as you request us to delete your information, after which we will take reasonable steps to delete your information, subject to any applicable laws or regulations that may require us to retain your information.

Rights of Access and Correction

If you, at any time, wish to:

  • correct or update your personal data;
  • access your personal data which we process and keep with us; or
  • withdraw your consent for us to collect, use and/or disclose your personal data;

please do not hesitate to contact us at [email protected].

In accordance with Section 7(3) of the PDPA, this Notice is issued in the national and English languages. In the event of any discrepancies between the said versions, the English version shall apply and prevail.

Notis Perlindungan Data Peribadi (Bahasa Malaysia)

Notis Perlindungan Data Peribadi ini ("Notis") menetapkan bagaimana Jobsifu Sdn. Bhd. mengumpul, menggunakan, dan mendedahkan maklumat peribadi anda yang diperoleh melalui pelibatan atau interaksi anda dengan kami, termasuk menjawab soalan-soalan kami yang mungkin diperlukan untuk anda jawab sebagai sebahagian daripada proses permohonan kerja dan penggunaan atau lawatan ke laman web kami di https://jobsifu.com/. Notis ini dikeluarkan selaras dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 dan peraturan-peraturan berkaitan dengannya (secara kolektif dirujuk sebagai "PDPA"). Dengan mendaftar dan mencipta akaun dengan kami, meneruskan penggunaan, pelibatan atau akses kepada laman web kami atau berkomunikasi dengan kami, anda mengakui dan menerima Notis ini, termasuk sebarang pindaan atau kemas kini terkemudian yang dibuat pada Notis ini dan memberikan persetujuan terhadap pengumpulan dan penggunaan data peribadi anda bagi maksud-maksud seperti yang diperuntukkan dalam Notis ini termasuk sebarang pindaan atau kemas kini terkemudian yang dibuat pada Notis ini.

Pengumpulan Data Peribadi

Data peribadi yang kami kumpul dan proses termasuklah nama, nombor Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (KP), butiran hubungan (termasuk alamat rumah, nombor telefon dan alamat e-mel anda), jantina, pekerjaan, pengalaman dan kemahiran kerja, perwatakan, identiti dan butiran hubungan perujuk anda, maklumat gaji dan apa-apa maklumat lain yang mungkin relevan bagi membolehkan kami menyediakan penilaian kami terhadap permohonan kerja anda dan untuk berkongsi maklumat yang mungkin menarik minat mana-mana pengguna (iaitu bakal majikan yang berminat untuk mempertimbangkan anda sebagai calon bagi jawatan kerja mereka) (“Pengguna”) yang menggunakan laman web kami (termasuk tetapi tidak terhad kepada mana-mana institusi kewangan berlesen dan badan kerajaan).

Alasan Pengumpulan Data Peribadi

Data peribadi anda boleh dikumpul, disimpan dan/atau digunakan (sama ada secara langsung atau tidak langsung) untuk tujuan berikut:

  • membantu dan membolehkan Pengguna dalam pengambilan pekerja untuk peranan-peranan tertentu termasuk menjalankan pemeriksaan rujukan;
  • menjadikan maklumat anda boleh dicari dan dilihat oleh Pengguna serta mendedahkan maklumat anda kepada Pengguna;
  • penggunaan maklumat anda termasuk melalui penggunaan alatan yang menggabungkan kecerdasan buatan (artificial intelligence) dan pembelajaran mesin (machine learning) termasuk tetapi tidak terhad kepada:
  • penyediaan penilaian kesesuaian yang menunjukkan kepada Pengguna tahap kesesuaian anda berbanding calon-calon lain berkaitan dengan peluang pekerjaan yang berpotensi atau permohonan kerja ("Penilaian Kesesuaian"). Sehubungan dengan perkara di atas, resume anda mungkin tertakluk kepada pemprosesan automatik oleh sistem kecerdasan buatan dan pembelajaran mesin yang memerlukan penggunaan maklumat peribadi anda, bagi tujuan mengkategorikan potensi kesesuaian anda sebagai sebahagian daripada penilaian Pengguna terhadap pemohon bagi sesuatu permohonan kerja tertentu;
  • penyediaan isyarat kebolehdekatan yang menunjukkan kepada Pengguna kebarangkalian seorang calon untuk didekati berkenaan dengan peluang pekerjaan tertentu ("Isyarat Kebolehdekatan");
  • mengesyorkan soalan-soalan yang mungkin diperlukan oleh Pengguna untuk anda jawab sebagai sebahagian daripada proses permohonan kerja;
  • berkomunikasi dengan anda mengenai penggunaan laman web kami oleh anda dan untuk menyediakan sokongan teknikal serta sokongan lain kepada anda;
  • mengesan dan memantau penggunaan dan data anda untuk memperibadikan, mengurus dan menyasarkan paparan iklan yang mungkin kelihatan kepada anda;
  • memperoleh pemahaman (insights) tentang Pengguna kami dan untuk membantu perniagaan kami menambah baik, menyesuaikan dan membangunkan laman web kami;
  • mengesahkan identiti anda (dan sebarang maklumat lain yang mungkin anda sediakan kepada kami) dan untuk memastikan keselamatan dan sekuriti operasi kami;
  • memenuhi sebarang keperluan undang-undang atau kawal selia yang berkaitan dengan perkhidmatan kami dan untuk membuat pendedahan di bawah keperluan mana-mana undang-undang, peraturan, arahan, garis panduan, undang-undang kecil, kod, pekeliling yang terpakai, pihak berkuasa kerajaan dan/atau mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten;
  • untuk mengendalikan laman web dan perisian teknologi maklumat kami (termasuk pengumpulan alamat protokol internet dan kuki) termasuk semua aktiviti berkaitan internet;
  • membolehkan kami menghubungi anda melalui e-mel, mel pos biasa dan peranti telekomunikasi bagi maksud membalas pertanyaan anda atau untuk menghantar bahan-bahan kepada anda seperti penempatan kerja dan maklumat kerjaya berkaitan, permintaan tinjauan, surat berita, kemas kini, bahan pemasaran dll. dan acara yang kami fikir mungkin menarik minat anda; dan
  • untuk apa-apa tujuan lain yang bersampingan atau sekunder kepada atau untuk melanjutkan tujuan di atas.

Sekiranya anda tidak mahu maklumat anda diproses bagi tujuan yang dinyatakan di atas, anda dikehendaki untuk berhenti menggunakan laman web kami.

Anda boleh memilih untuk tidak berkongsi maklumat anda dengan kami dan jika anda memilih untuk tidak memberikan maklumat tersebut kepada kami, kami tidak dapat menyediakan akses kepada fungsi yang tersedia dalam laman web kami, serta tidak dapat menyediakan Penilaian Kesesuaian dan Isyarat Kebolehdekatan kepada Pengguna.

Kami hanya memproses data peribadi anda di dalam Malaysia. Data peribadi anda tidak akan dipindahkan ke mana-mana tempat di luar Malaysia. Kami akan menyimpan data peribadi anda selama mana yang diperlukan untuk memenuhi maksud-maksud ia dikumpul dan disimpan seperti yang dinyatakan dalam Notis ini atau sehingga masa anda meminta kami untuk memadamkan maklumat anda, yang mana selepas itu kami akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk memadamkan maklumat anda, tertakluk kepada mana-mana undang-undang atau peraturan terpakai yang mungkin memerlukan kami menyimpan maklumat anda.

Hak Akses dan Pembetulan

Jika anda, pada bila-bila masa, ingin:

  • membetulkan atau mengemas kini data peribadi anda;
  • mengakses data peribadi anda yang kami proses dan simpan; atau
  • menarik balik persetujuan anda untuk kami mengumpul, menggunakan dan/atau mendedahkan data peribadi anda;

sila jangan teragak-agak untuk menghubungi kami di [email protected].

Selaras dengan Seksyen 7(3) PDPA, Notis ini dikeluarkan dalam bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris. Sekiranya terdapat sebarang percanggahan antara versi-versi tersebut, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai dan mengatasi versi bahasa kebangsaan.